12 November 2008

TANDA 'AJAL' KITA

BERKONGSI ILMU BERSAMA ANDA

ALLAH S.W.T tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-hambanya.
Meskipun sewaktu kita menghadapi 'sakaratulmaut', ALLAH S.W.T tetap memberi petunjuk serta tanda-tanda untuk menjadikan kita umat islam supaya dapat bertaubat dan bersedia untuk mengadap ALLAH S.W.T ( PENCIPTA semua makhluk di muka bumi dan langit ).

Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang islam sahaja , manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan ALLAH nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada ALLAH S.W.T.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama daripada ALLAH S.W.T kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakiNYA. Walau bagaimanapun, semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak sedar atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika itu, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash ALLAH S.W.T. Maka Malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita. Antaranya ialah Ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang, tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari sebelum hari mati
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini, hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan Malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan kita pula.


penutup :
Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga diberi hidayah dan petunjuk oleh ALLAH S.W.T serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha mencari keredhaan ALLA S.W.T samada di dunia dan akhirat.

Yang baik hanya datang daripada ALLAH S.W.T
manakala yang buruk datangnya dari manusia itu sendiri..

wallahu' alam

No comments: